Kehidupan peribadi Mak Jah

Mak Jah ialah ibu kepada tiga anak ini mempunyai 11 cucu dan tiga cicit.[3]

Selain itu, beliau turut bergiat aktif mencuci telekung wakaf di surau yang terletak di pusat beli-belah dan kawasan rehat dan rawat (R&R), berdekatan kediamannya.[4][5]

Kesihatan

Pada Februari 2019, beliau dimasukkan ke Hospital Ampang kerana menghidap jangkitan kuman pada paru-paru dan darah. Beliau turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebelum ini pada 2014, beliau pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur setelah disahkan menghidap kanser rahim tahap satu.[6]

Beliau dilaporkan terpaksa menggadai barang kemas untuk membiayai rawatan apabila disahkan menghidap kanser rahim tahap satu. Mak Jah tidak mempunyai pilihan lain kerana memerlukan wang untuk menampung kos rawatan yang menelan puluhan ribu ringgit. Penyakitnya pulih berkat doanya ketika menunaikan umrah di Makkah pada 2017.[7][8]